GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 10 harian bagi pelajar ditetapkan seperti di Lampiran 1 . 2.3 Hadiah i. Ketua Jabatan / Ketua Unit / Penasihat Kelab adalah bertanggungjawab menentukan kesesuaian kadar hadiah (hamper/ piala/ medal) bergantung kepada peringkat pertandingan dan peruntukan yang ada. ii. Kadar hadiah bagi kelab/ persatuan/ jabatan yang menganjurkan pertandingan/ kejohanan adalah seperti di Lampiran 2. iii. Pemberian hadiah tidak hanya tertakluk kepada aktiviti pelajar yang melibatkan pertandingan atau kejohanan dalam bidang sukan, permainan, kokurikulum ataupun kurikulum, tetapi ia juga termasuk hadiah cabutan bertuah bagi penganjuran sesuatu program di peringkat politeknik/kolej komuniti untuk mendapatkan jumlah peserta/ pengunjung yang ramai. Dalam kes ini, kadar maksimum nilai hadiah yang diberi adalah pada kadar hadiah saguhati bagi individu & kumpulan (2-3 orang) bagi kategori kelab/persatuan sahaja (Lampiran 2) . 2.4 Anugerah Pelajar i. Anugerah Pelajar merujuk kepada saguhati berbentuk wang tunai beserta piala iringan/ piala pusingan/ hadiah dan diberikan kepada pelajar cemerlang bergantung kepada kadar maksimum seperti di Lampiran 3 .

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2