GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1
Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 11 ii. Semua penerima anugerah serta calon yang bertanding wajar diberikan sijil penghargaan. iii. Ketua Jabatan, Ketua Unit adalah bertanggungjawab menentukan kesesuaian kadar hadiah/ tunai/ piala bergantung kepada jenis anugerah dan peruntukan yang ada. 2.5 Cenderahati Pelajar i. Ketua Jabatan/ Ketua Unit/ Penasihat Kelab adalah bertanggungjawab menentukan kesesuaian pemberian cenderahati (“door gift/goodies”) dan kadar tersebut bergantung kepada peruntukan yang ada dan arahan-arahan yang berkuatkuasa semasa. 2.6 Bayaran Panel Hakim/ Pengadil/ Fasilitator/ Penceramah/Jurulatih i. Panel hakim/ pengadil/ fasilitator/ penceramah/ jurulatih boleh diberi saguhati/ hadiah tertakluk kepada had maksimum seperti di Lampiran 4 . ii. Slip Akuan Penerimaan Bayaran perlu ditandatangani oleh penerima sebagai bukti bayaran telah dibuat dan slip ini perlu dihantar ke HEP bersama laporan pelaksanaan aktiviti. iii. Jabatan/ Unit/ Kelab/ Persatuan tidak dibenarkan menggunakan khidmat konsultan luar kecuali mendapat kelulusan Pengarah atau Timbalan Pengarah terlebih dahulu serta tertakluk kepada peruntukan yang ada. iv. Jabatan/ Unit/ Kelab/ Persatuan yang berhasrat untuk menggunakan khidmat konsultan luar perlu merujuk HEP sebelum
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2