GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 12 mendapatkan kelulusan Pengarah atau Timbalan Pengarah. 2.7 Banner/ Bunting/ Backdrop i. Banner/ bunting /backdrop hanya boleh ditempah mengikut kesesuaian dan tempoh program. ii. Ketua Jabatan/ Ketua Unit/ Penasihat Kelab adalah bertanggungjawab menentukan kesesuaian penggunaan banner/ bunting/ backdrop bergantung kepada peruntukan yang ada dan arahan-arahan yang berkuatkuasa. iii. Banner/ bunting/ backdrop yang ditempah hendaklah mengikut saiz standard yang telah ditetapkan dan dipasang di tempat yang telah disediakan mengikut kelulusan PBT. iv. Ketua Jabatan/ Ketua Unit/ Penasihat Kelab adalah bertanggungjawab memastikan kandungan Banner/ bunting/ backdrop telah disemak sebelum dicetak dan dipasang. v. Banner/ bunting/ backdrop bagi program yang telah dijalankan hendaklah diturunkan selewat-lewatnya 1 hari selepas program dilaksanakan atau pada hari pertama bekerja minggu berikutnya sekiranya program dijalankan pada hari cuti umum atau cuti hujung minggu. 2.8 Sewaan Kenderaan i. Sewaan kenderaan luar (bas, van atau kereta) hanya dibenarkan jika tiada kenderaan jabatan. ii. Penasihat/ Pensyarah perlu mendapatkan pengesahan ketiadaan kenderaan jabatan di Unit Pentadbiran dengan menggunakan borang yang telah ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2