GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1
Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 13 iii. Sebutharga sewaan kenderaan perlu disertakan bersama kertas kerja dan pembayaran akan dibuat atas nama penyedia perkhidmatan selepas invois diterima dan aktiviti dijalankan. 2.9 Tiket Kapal Terbang i. Pembelian tiket kapal terbang dibenarkan bagi menyertai program di dalam atau di luar negara tertakluk kepada kelulusan. 2.10 Lain-lain i. Bagi perbelanjaan yang tidak dinyatakan, ianya hendaklah berdasarkan kepada kadar yang munasabah dan perbelanjaan hendaklah mengikut keperluan aktiviti sahaja selain menitikberatkan penjimatan dan perbelanjaan berhemah. ii. Ketua Jabatan / Ketua Unit / Penasihat Kelab adalah bertanggun bertanggungjawab untuk memastikan semua perbelanjaan adalah berdasarkan keperluan aktiviti, jumlah dan kadar yang rasional dan munasabah serta mematuhi kadar perbelanjaan kewangan yang ditetapkan. iii. Pengarah/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan / Ketua Unit berhak untuk meminda permohonan kewangan yang dipohon mengikut rasional perbelanjaan. iv. Hanya peruntukan yang diluluskan oleh Pengarah/ Timbalan Pengarah sahaja dibenarkan untuk dikeluarkan bagi tujuan perbelanjaan aktiviti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2