GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1
Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 19 3.5.3 Kesukarelawan/ CSR Aktiviti yang melibatkan kerja-kerja amal dan kebajikan seperti bakti siswa, aktiviti di rumah anak yatim/ warga emas, kempen derma darah, baiki rumah dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan. 3.5.4 Patriotisme & Perpaduan Aktiviti yang memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan seperti aktiviti sambutan bulan kemerdekaan, aktiviti kelab rukun negara, hari keluarga, jamuan raya dan lain-lain. 3.5.5 Kreatif & Inovatif Aktiviti yang menerapkan budaya kreativiti dan inovasi seperti penggunaan ICT, penguasaan bahasa (syarahan, pidato, debat, penulisan dsb), reka cipta projek pelajar, polyskill, robot FIRA dan lain-lain aktiviti. 3.5.6 Motivasi & Kerjaya Aktiviti yang boleh memberi dorongan, galakan dan semangat kepada pelajar untuk mencapai sesuatu matlamat. Aktiviti bimbingan kerjaya ialah seperti taklimat kerjaya, penyediaan "resume”, persediaan temu duga, "grooming” dan lain-lain. 3.5.7Sukan, Kesenian & Kebudayaan Aktiviti yang berbentuk sukan yang meliputi pertandingan sama ada sukan padang/ air/ dalaman termasuk sukan rakyat dan seni bela diri. Aktiviti kesenian yang merangkumi penghasilan karya (tulisan, ciptaan, gubahan dsb) seperti lukisan mural dan aktiviti kebudayaan seperti teater, nyanyian, tarian, puisi, dikir barat, permainan tradisional dan sebagainya. 3.5.8 Kerohanian & Moral Terdiri daripada sebarang aktiviti pendidikan Islam dan moral yang memupuk nilai-nilai murni seperti ceramah, kelas agama/ moral dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2