GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 20 sebagainya. 3.5.9 Rekreasi Rekreasi melibatkan aktiviti yang menguji fizikal dan mental seperti mendaki gunung, perkhemahan, ekspedisi, "rock climbing”, "abseiling”, berkayak, "jungle tracking” dan sebagainya. 3.5.10 Keusahawanan Aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan dan kemahiran usahawan bagi membantu pelajar/ graduat untuk memulakan perniagaan seperti kursus/ bengkel keusahawanan, karnival keusahawanan dan sebagainya. 3.5.11 Pengantarabangsaan Menganjur atau menyertai aktiviti pelajar di luar negara seperti: a. Penyertaan persidangan/ seminar/ kursus/ pertandingan b. Lawatan sambil belajar c. Khidmat kemasyarakatan dan sukarelawan d. Program usahawan e. Program-program pembangunan pelajar 3.5.12 Lain-lain Merujuk kepada sebarang aktiviti pelajar yang tidak termasuk dalam kategori di atas. 3.6 Kriteria untuk kelulusan program : a. Aktiviti yang dijalankan mesti berkaitan dengan objektif penubuhan kelab/ persatuan b. Kertas kerja perlu mendapat persetujuan penasihat persatuan/ ketua program dan disokong oleh ketua jabatan/ unit/ Penasihat MPP (bagi kelab/ persatuan yang erdaftar di bawah HEP)

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2