GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 21 c. Tarikh program tidak bertindih dengan program peringkat politeknik d. Penglibatan berbilang kaum amat digalakkan e. Implikasi kewangan yang minimum 3.7 Semua aktiviti tidak digalakkan dilaksanakan 2 minggu sebelum peperiksaan akhir kecuali dengan kebenaran Pengarah. 3.8 Kertas kerja yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada HEP bersama Borang Permohonan Peruntukan Kewangan Aktiviti/ Program Pelajar ( Lampiran 8 ) sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pelaksanaan program bagi memudahkan urusan berkaitan tempahan kenderaan/ tempat, pembayaran dan sebagainya. Sebarang permohonan yang lewat diterima, tidak akan dipertimbangkan. 3.9 Mana-mana permohonan menyertai aktiviti anjuran (jemputan) atau penajaan pihak luar hendaklah dikemukakan melalui Pengarah/ Timbalan Pengarah 3.10 Kertas kerja permohonan menganjurkan aktiviti pelajar ke luar negara perlu dikemukakan untuk kelulusan Pengarah Institusi selewat-lewatnya 1 bulan sebelum aktiviti dijalankan. 3.11 Aktiviti pelajar yang melibatkan jemputan penceramah luar perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan dan permohonan perlu disertakan dengan sijil pengesahan taraf akademik dan skop perkhidmatan/ bidang kepakaran/ pengalaman dan lain-lain maklumat yang berkaitan (Rujuk 7.0) . 3.12 Bagi bayaran saguhati kepada panel hakim/ pengadil/ penceramah/ fasilitator/ jurulatih, sila serahkan Slip Akuan Penerimaan Bayaran ( Lampiran 9 ) asal bersama laporan program.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2