GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 22 3.13 Sebutharga perlu dilampirkan bagi program yang melibatkan sewaan, pakej penginapan dan makanan, pembelian cenderahati (plak, medal dan lain-lain), kerja-kerja mencetak dan lain- lain yang berkaitan. 3.14 Bagi pembelian barang/ perolehan/ sewaan perkhidmatan mengikut Tatacara/Pekeliling Kewangan yang sedang berkuatkuasa. 3.15 Cek bayaran akan dikeluarkan atas nama syarikat selepas invois diterima dan barang/ perkhidmatan telah dibekalkan atau program telah dilaksanakan. 3.16 Permohonan yang lengkap akan diproses dan keputusan permohonan boleh diketahui dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan permohonan. 3.17 Pelepasan kuliah pelajar ( Lampiran 10 ) perlu dikeluarkan sebelum aktiviti berlangsung sekiranya aktiviti dilaksanakan dalam tempoh PdP dan ianya perlu ditandatangani oleh Pengarah/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan/ HEP. Walau bagaimanapun, kehadiran pelajar perlu dicatat sebagai bukti penyertaan/ penglibatan mereka ( Lampiran 11 ) dan diserahkan bersama Lampiran 10 kepada pensyarah terlibat. 3.18 Permohonan menggunakan kenderaan jabatan ( Lampiran 12 ) hendaklah dilengkapkan oleh pensyarah/ penasihat kelab bersama dengan kertas kerja yang telah diluluskan. 3.19 Surat lantikan sebagai pegawai pengiring ( Lampiran 13 ) perlu dikeluarkan oleh penasihat dan ditandatangani oleh Pengarah/ Timbalan Pengarah. 3.20 Pegawai pemantau boleh dilantik mengikut keperluan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2