GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1
Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 23 Pegawai pemantau hendaklah memantau aktiviti pelajar di luar kampus. 3.21 Aktiviti yang dianjurkan di luar kampus yang melibatkan aktiviti lasak atau bermalam seperti perkhemahan/ menginap di kem atau pusat latihan, penasihat perlu memaklumkan secara rasmi aktiviti tersebut kepada pihak berkuasa tertentu seperti balai polis dan klinik kesihatan yang berdekatan ( Lampiran 14 ) serta merujuk kepada SOP rekreasi yang sedang berkuatkuasa. 3.22 Borang Jaminan Diri ( Lampiran 15 ) perlu diberikan kepada peserta yang terlibat dengan aktiviti di luar kampus dan perlu dibawa ke tempat aktiviti dijalankan. 3.23 Peti kecemasan yang mengandungi ubat dan peralatan asas yang lengkap perlu dibawa bagi aktiviti di luar kampus bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar. 3.24 Jika berlaku kerosakan kenderaan jabatan, pelajar hendaklah diminta berada di luar kenderaan dan berkumpul di tempat yang selamat. 3.25 Arahan keselamatan dan peraturan aktiviti perlu dimaklumkan kepada pelajar dalam bentuk yang mudah difahami dan perlu dipatuhi oleh semua peserta. 3.26 Aktiviti lasak yang hendak dilaksanakan mestilah di bawah penyeliaan jurulatih yang bertauliah mengikut SOP rekreasi yang sedang berkuatkuasa . 3.27 Pelajar yang mempunyai penyakit kronik, semput atau lelah ("athma”), tidak boleh dipaksa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti lasak.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2