National Conference on TVET for Undergraduate Students (NCTS 2024) ialah sebuah persidangan yang dikhaskan untuk pelajar politeknik. Penganjuran persidangan NCTS kali keempat ini merupakan gandingan Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK bersama Politeknik Sultan Azlan Shah, PSAS dan tiga buah politeknik lain iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan.
Tujuan utama persidangan ini direncanakan adalah bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pelajar politeknik Malaysia. NCTS 2024 juga dilihat sebagai satu platform yang terbaik bagi perkongsian pengetahuan dan pengalaman, dan bagi mengetengahkan idea serta hasil penyelidikan pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu. Matlamat ini mampu direalisasikan dengan pembentangan dan penerbitan hasil penyelidikan pelajar Ijazah Sarjana Muda bagi politeknik yang terlibat.
Persidangan ini bukan sahaja memfokuskan ke arah revolusi industri 4.0, malah ianya juga menekankan kepada perkembangan kemahiran berfikir dan teknikal yang tinggi kepada para peserta. Ia turut menekankan pentingnya memupuk kemahiran menyelesaikan masalah dan inovasi digital. Usaha kolaborasi yang dijalankan oleh pihak politeknik dalam pelbagai bidang dapat membuka lebih banyak peluang yang cerah kepada semua pelajar dan seterusnya menjadi salah satu penyumbang kepada kerancakan ekonomi negara.
Tarikh-Tarikh Penting
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak |
12hb Mei 2024 |
Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Penyelidikan Penuh |
7hb Jun 2024 |
Persidangan secara bersemuka di Politeknik Sultan Azlan Shah | 24hb hingga 26hb Jun 2024 |
Semua kertas kerja akan diterbitkan dalam e-prosiding NCTS2024
Politeknik Sultan Azlan Shah telah dilantik untuk menaungi NCTS bagi tahun ini, yang akan dijalankan secara bersemuka di Politeknik Sultan Azlan Shah.
Politeknik Sultan Azlan Shah
ncts2024@psas.edu.my
DR. SALMIZA BT ABDUL RAHIM (0103661544)
PN. KOGILA A/P MUTHU SAMY (0126679827)