
Salam Sejahtera,
Politeknik Sultan Azlan Shah bakal melangsungkan Istiadat Konvokesyen kali ke-20 pada 2 Mac 2024 sehingga 3 Mac 2024.
Politeknik Sultan Azlan Shah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas kejayaan para graduan kerana telah menamatkan pengajian dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, Politeknik Sultan Azlan Shah dengan berbesar hati menjemput para graduan Sesi I : 2022/2023, Sesi II : 2022/2023 & Sesi Akademik II : 2022/2023 bagi menghadiri istiadat yang bakal dilangsungkan tersebut.
Bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan Istiadat Konvokesyen PSAS kali ke-20, para graduan boleh melayari laman web Istiadat Konvokesyen di talian berikut:
Para graduan juga boleh membuat semakan status graduan dan membuat bayaran yuran bermula pada 11 Disember 2023 sehingga 4 Februari 2024 di laman web yang disediakan.
Tahniah diucapkan kepada para graduan.
Sekian, terima kasih.