Pusat Pengurusan Akademik (PPA) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) berperanan menyelaras dan memastikan pelaksanaan aktiviti akademik berjalan lancar dan berkualiti. PPA terdiri daripada empat komponen utama:
- Bahagian Pentaksiran: Menyelaras sistem penilaian pelajar secara adil dan sistematik berteraskan Outcome-Based Assessment (OBA).
- Bahagian Kurikulum: Menyelaras pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berteraskan Outcome-Based Education (OBE).
- Bahagian Pemantauan PdP: Melaksanakan pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan keberkesanan PdP dan pematuhan kepada garis panduan serta standard akademik.
- Bahagian Penasihatan Akademik: Memastikan pelajar mendapat bimbingan akademik yang berkesan melalui sistem penasihatan yang terancang, di samping membantu pelajar dalam membuat keputusan berkaitan pengajian, hala tuju kerjaya dan pembangunan kendiri.