ARAHAN:
Sila rujuk BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I : 2024/2025 dan pastikan dicetak atau disimpan di dalam bentuk softcopy.
Baca dengan teliti segala maklumat yang
TARIKH - TARIKH PENTING berkenaan dengan Pendaftaran adalah seperti berikut:
Kategori Program | Tarikh Mula Pembayaran Yuran Pengajian dan Asrama | Tarikh Mula Online Di SPMP (untuk mendapatkan no. pendaftaran / no. matrik) | Tarikh Daftar (rujuk Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu SESI I : 2024/2025) |
---|---|---|---|
Diploma Sepenuh Masa (Lepasan SPM dan Selain SPM) | Bermula 09 Julai 2024, Selasa | Selepas 3 hari bekerja dari pembayaran yuran atau bermula 15 Julai 2024, Isnin dan klik link: | 29 Julai 2024, Isnin |
PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN
MENJELASKAN YURAN PENGAJIAN, YURAN ASRAMA DAN BAYARAN INSURAN WALAUPUN MENDAPAT TAJAAN untuk memudahkan urusan pendaftaran
Membuat pembayaran melalui JOMPAY. Sila rujuk BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I : 2024/2025 untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan jumlah bayaran dan maklumat pembayaran.
Sila bawa Borang Hal Ehwal Pelajar 1 hingga 6 semasa pendaftaran (BHEP 1 – BHEP 6) dan Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP). Sila cetak Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) di sini.
Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang dibuat tanpa merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.
Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab calon pelajar sendiri. Sebarang tuntutan semula bayaran tidak akan dilayan.
Menyediakan gambar passport atas tujuan Penasihatan Akademik dan lain-lain jika diminta.
Melaksanakan proses pendaftaran online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) (pelajar DIPLOMA) (selepas 3 hari bekerja dan dikira hanya pada hari bekerja sahaja).
Sistem SPMP akan diaktifkan untuk pendaftaran dalam talian (online) mulai 15 Julai 2024, Isnin.
Cetak Pengesahan Pendaftaran Online SPMP sebanyak 2 salinan (1 salinan diserahkan semasa pendaftaran asrama dan 1 salinan diserahkan semasa pendaftaran jabatan).
Melapor diri di PSAS pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan. Sebarang pemakluman akan dimaklumakan melalui Portal PSAS – pelajar diploma atau di fb Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS
SEKIAN, TERIMA KASIH.
“DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN”