PANDUAN PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR AKTIF / SENIOR (DIPLOMA),PELAJAR TANGGUH,PELAJAR PRTUKARAN MASUK KE PSAS BAGI SESI II : 2025/2026

KEPADA SEMUA PELAJAR SENIOR DIPLOMA PSAS SESI II : 2025/2026
Dimohon agar semua pelajar senior DIPLOMA PSAS mengikut Jadual Pendaftaran berdasarkan
tarikh-tarikh yang dimaklumkan.

SILA TEPATI TARIKH YANG TELAH DIMAKLUMKAN untuk mengelakkan kesulitan pendaftaran. 

 Screenshot 2026 01 02 101332

  

PELAJAR BERDAFTAR

1.1 Pelajar Sepenuh Masa

Pelajar sepenuh masa didefinisikan sebagai individu yang mengikuti program pengajian peringkat asasi, sijil,diploma atau ijazah sarjana muda atau lain-lain peringkat pengajian secara sepenuh masa di politeknik atau kolej komuniti berdasarkan takwim akademik di institusi, jumlah jam kredit bergraduat yang ditetapkan oleh badan standard serta lain-lain syarat yang perlu dipatuhi.

1.2 Status Pelajar

Status pelajar politeknik dan kolej komuniti adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Mendaftarkan sebagai pelajar politeknik atau kolej komuniti untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan pada tarikh yang ditetapkan,
  • Menjelaskan yuran pengajian TIDAK lewat dari tarikh yang ditetapkan, dan
  • Mendaftar kursus seperti yang ditetapkan oleh jabatan akademik untuk semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

1.3 Gugur Taraf Sebagai Pelajar

  • Pelajar akan DIGUGURKAN taraf sebagai pelajar politeknik atau kolej komuniti sekiranya GAGAL melapor diri / memohon penangguhan pengajian / memohon berhenti pengajian dalam tempoh 8 minggu selepas Tarikh pendaftaran pelajar.
  • Pelajar yang telah digugurkan taraf sebagai pelajar TIDAK BOLEH membuat rayuan menyambung pengajian pada sesi semasa.
  • Pelajar BOLEH membuat permohonan baharu sebagai pelajar Baharu pada sesi seterusnya.

2. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR

“Pendaftaran” di sini membawa maksud melapor diri untuk mengikuti pengajian seterusnya di politeknik. Pelajar dikehendaki melapor diri seperti mana yang diarahkan. Kegagalan pelajar mengikuti arahan tersebut Adalah merupakan satu kesalahan tatatertib dan boleh diambil tindakan.

 

 

 

Contact Us

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: +605-4543 075,

+605-4544 431/504/896/086 

Fax: 605-4544993

Email: propsas@polycc.edu.my

 

PSAS's Security Guard Post
05-4543075

Head of Student Affairs Department
05-4544086

Disaster Control Center
05-4544086

Visitors Counter

3882558
Today
Yesterday
This Week
All days
1929
3226
17003
3882558

2026-01-30 14:05

Search