PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR/AKTIF SARJANA MUDA PSAS (PROGRAM BMA) SESI AKADEMIK II : 2025/2026

 

  1. Dimohon agar semua pelajar mengikut Jadual Pendaftaran berdasarkan tarikh-tarikh yang dimaklumkan.

  2. SILA TEPATI TARIKH YANG TELAH DIMAKLUMKAN untuk mengelakkan kesulitan pendaftaran.

  3. Baca dengan teliti segala maklumat yang dimaklumkan.

  4. JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR/AKTIF SARJANA MUDA PSAS SESI AKADEMIK II : 2025/2026 adalah seperti berikut:

Tarikh / Hari

PERKARA

CATATAN

BERMULA 3 MAC 2026 (SELASA)

Pembayaran :

• Yuran Pengajian,

• Yuran Asrama (jika berkenaan)

• Bayaran Insuran (Pelajar Semester 3, Semester 5, Semester 7 dan Semester 9)

• Yuran Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) (semester 1, 3 dan 5)

Rujuk Perkara 2: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama (jika berkenaan) di dalam pemakluman ini.

• Pelajar tidak dibenarkan untuk membuat penangguhan bagi bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama.

• Tunggu 36 jam dari tarikh & masa pembayaran. Pastikan tiada apa-apa masalah dari segi pembayaran yuran, pembayaran saman dan lain-lain. Jika tidak, masalah akan berlaku apabila membuat pendaftaran.

05 MAC 2026 (KHAMIS)

Daftar Secara Online di SPMP:

• Daftar Pengajian di i-Help
• Daftar Kursus di i-Daftar

Cetak slip pengesahan pelajar dan slip pendaftaran kursus

06 MAC 2026 (JUMAAT)

Pendaftaran bersama Jabatan Akademik

Perjumpaan bersama Penasihat Akademik. Bersemuka bagi pelajar yang mengulang kursus dan selain itu adalah secara dalam talian sahaja

BERMULA 09 MAC 2026 (ISNIN)

Kuliah Sesi Akademik II : 2025/2026 bermula

Rujuk Kalendar Akademik 2025/2026 bagi Sesi Akademik II : 2025/2026

PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

 

a. Menjelaskan yuran pengajian, yuran asrama dan bayaran insuran walaupun mendapat tajaan untuk memudahkan urusan pendaftaran

b. Membuat pembayaran melalui i-Payment. Sila rujuk panduan pembayaran di lampiran untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan jumlah bayaran dan maklumat pembayaran.

c. Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang dibuat tanpa merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.

d. Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab calon pelajar sendiri. sebarang tuntutan semula bayaran tidak akan dilayan.

 

SEKIAN, TERIMA KASIH.

“DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN”

 

 

Contact Us

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: +605-4543 075,

+605-4544 431/504/896/086 

Fax: 605-4544993

Email: propsas@polycc.edu.my

 

PSAS's Security Guard Post
05-4543075

Head of Student Affairs Department
05-4544086

Disaster Control Center
05-4544086

Visitors Counter

4013723
Today
Yesterday
This Week
All days
2789
2497
5286
4013723

2026-03-16 20:33

Search