
SMART GREEN POLYCC
HARAPAN KAMI
Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam pengurusan mampan disamping kepakaran dalam bidang pengajian masing-masing.
Diharapkan aktiviti mampan SmartGreen PolyCC memberi nilai tambah dalam pengurusan mampan yang berasaskan keharmonian manusia dan alam sekitar serta peningkatan ekonomi komuniti sekitar.

Smart
Green
PolyCC
Sebagai peneraju utama institusi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej komuniti JPPKK berusaha memastikan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dapat dicapai. Pengurusan pendidikan dan penyelidikan mampan dilihat sebagai satu cara untuk memampankan institusi kondusif berteraskan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025. Blueprint SmartGreen PolyCC 2022-2026 (BSGPC) juga dibangunkan dengan visi untuk memperkasa budaya hijau dan melestarikan Politeknik dan Kolej Komuniti.




