PSASGOGREEN

Image

PENGENALAN

Penganjuran program PSAS GO Green 2024 merupakan suatu usaha komuniti yang bertujuan untuk menambahbaik keberkesanan penggunaan tenaga, memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitan dan kesedaran dikalangan warga kampus institusi pendidikan. Ini dapat dicapai melalui kelestarian dalam pendidikan serta penganjuran aktiviti tertentu ke arah pembinaan persekitaran yang sihat dan kondusif. Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) juga memainkan peranan dalam membudayakan amalan hijau dalam kalangan warganya dengan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti PSAS GO GREEN. Selain daripada itu, penganjuran program ini juga bertujuan menyokong intipati Perak Sejahtera 2030 di bawah kluster Sejahtera Sosial: Alam Sekitar dan Amalan Teknologi Hijau melalui beberapa aktiviti yang berkaitan seperti amalan kitar semula 3R.

Promoting Sustainable Development Through Education adalah tema yang dipilih bagi program PSAS GO GREEN tahun ini berteraskan kepada pemerkasaan budaya hijau dikalangan warga dan pengurusan PSAS yang komited ke arah melahirkan generasi dan komuniti yang lestari.

Smartgreen Polycc PSAS merupakan sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk merealisasikan pembudayaan amalan hijau dalam kalangan warga PSAS.Terdapat tujuh (7) bidang tumpuan (BT) yang difokuskan di PSAS.

OBJEKTIF

  • KPI 6 ( POLYCC)- Bilangan program ke arah kelestarian tadbir urus jabatan/ institusi.

  • KPI 96 - 97 ( PSAS) - Smartgreen.

  • Mengcungkil bakat dan idea kreatif warga PSAS melalui hasil kerja pertandingan.

  • Menyediakan dokumentasi untuk menyertai Smartgreen POLYCC 2024

  • Meningkatkan interaksi jalinan kolaborasi bersama pihak industri dan komuniti setempat

FAKTOR PENGANJURAN BULAN 4K & SMARTGREEN PSAS

“BULAN 4K: KESELAMATAN, KESIHATAN, KEBERSIHAN, KESUKARELAWANAN & SMARTGREEN” tercetus atas beberapa faktor:

  • Task force bagi membuang barang-barang rosak dan terbiar seperti kereta, motosikal dan sebagainya disekitar PSAS.

  • Memenuhi aktiviti kriteria yang terkandung di dalam SmartGreen PolyCC

  • Merapatkan silaturrahim antara warga PSAS.

BUKU PROGRAM PSAS GO GREEN

GALERI

PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI

GREEN RACE

SAY NO TO PLASTIC

e-WASTE

FUN RUN RACE

 

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

Kaunter Pelawat

04333