UI GreenMetric World University Rankings2024

Tahniah diucapkan kepada 37 institusi PolyCC atas penyertaan cemerlang dalam UI GreenMetric World University Rankings 2024, edisi ke-15. Penyertaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen institusi-institusi ini dalam memperjuangkan amalan lestari dan keberkesanan pengurusan kelestarian.
Dengan penyertaan sebanyak 1,477 institusi dari 95 negara, UI GreenMetric terus menjadi platform global terkemuka yang menilai prestasi kelestarian universiti. Penglibatan PolyCC dalam penarafan ini mencerminkan usaha gigih dalam memperkukuhkan peranan universiti dalam pembangunan lestari sejagat.
Syabas atas pencapaian ini, dan semoga terus menjadi inspirasi kepada institusi lain untuk bersama-sama menjadikan kelestarian sebagai keutamaan utama.
Ikhlas Daripada:
Pengarah
Bahagian Kurikulum
