Unit keusahawanan PSAS telah ditubuhkan bermula tahun 2010 dan masih dikekalkan sehingga kini. Pelbagai usaha dan aktiviti diatur bagi membolehkan pelajar menyertai aktiviti yang melibatkan keusahawanan antaranya program keusahawanan di peringkat jabatan, Politeknik, zon sehinggalah di peringkat kebangsaan. Dalam merealisasikan pencapaian keusahawan dalam merelaisasikan dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik. Unit Keusahawanan PSAS telah membuat penjenamaan baru pada tahun 2016 dengan menubuhkan Entrepreneurial Management Centre (EMAC) yang mempunyai peranan yang sama dengan unit keusahawanan. EMAC akan diselia oleh Centre Of Entrepreneurship Development (CEDEV) selepas penggabungan di antara Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) pada April 2018. Penstrukturan semula dua jabatan ini berupaya melonjakkan kecemerlangan aktiviti dan program keusahawanan di bawah Jabatan Pendidikan dan Kolej Komuniti.
Organisational Chart