Keputusan Permohonan Rayuan Asrama Kamsis Politeknik Sultan Azlan Shah Sesi 2

Assalammualaikum dan selamat sejahtera, tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah mendapatkan tempat (rayuan) menduduki kamsis Politeknik Sultan Azlan Shah bagi sesi 2 2024/2025.


Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada para pelajar yang layak ialah: -
1. Pelajar perlu menjelaskan yuran mendiami kamsis dengan jumlah RM 60.00 sahaja, dibayar ke akaun Bank Islam.
- jompay
- biller code: 491324
- biller code name: PSAS
- ref 1: no. kad pengenalan
- ref 2: no. telefon pelajar
2. Sila kemukakan salinan resit pembayaran ketika mendaftar di pejabat kamsis.
3. Pelajar boleh melapor diri pada 04.02.2025 (SELASA) , bermula jam 8.30 pagi-4.30 petang.
4. Kunci bagi bilik boleh diambil di kaunter pengurusan kamsis (sertakan resit bayaran), tiada pilihan bilik dan blok.
5. Setelah kunci bagi bilik diambil, pelajar-pelajar boleh terus kebilik yang telah ditetapkan.
6. Senarai nama bagi keputusan boleh di akses di link atau scan barcode berikut:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1hBgcTBUZoLl-mKZ-jFN3lMbGbEJ-QDNzetbKs26aG30/edit?usp=sharing

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian, pada sesi ini semua pelajar kamsis tidak dibenarkan membawa apa-apa kenderaan kerana ia tertakluk pada akta 174. tetapi jika pelajar betul-betul memerlukan kenderaan berada di Politeknik Sultan Azlan Shah pelajar perlu membuat surat dan meminta kebenaran di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).
tawaran ini akan terbatal sekiranya pelajar tidak dapat melaporkan diri pada hari dan masa yang telah ditetapkan, jika ada sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan pejabat asrama.

Sekian terima kasih

Screenshot_2025-02-05_090203.png

Contact Us

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: +605-4543 075,

+605-4544 431/504/896/086 

Fax: 605-4544993

Email: propsas@polycc.edu.my

 

PSAS's Security Guard Post
05-4543075

Head of Student Affairs Department
05-4544086

Disaster Control Center
05-4544086

Visitors Counter

3102241
Today
Yesterday
This Week
All days
1302
2976
15202
3102241

2025-04-26 11:11

Search