Unit Pengurusan Asrama

Unit Pengurusan Asrama

Kamsis merupakan sebahagian daripada komponen utama di dalam institut pengajian tinggi yang menyediakan kemudahan penginapan dan makanan serta mengadakan aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar kepada mahasiswa di Politeknik. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar-pelajar yang belajar di sini. Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan penginapan di kamsis PSAS. Kamsis PSAS tidak dapat menampung keseluruhan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah. Kamsis PSAS hanya mempunyai kapasiti untuk menampung seramai 1404 jumlah pelajar sahaja. Sebahagian yang lain boleh menyewa di sekitar kampus.


Blok Kamsis

Di Politeknik Sultan Azlan Shah terdapat 6 buah blok kediaman yang dapat menampung jumlah penghuni seramai 1404 orang. Di samping itu disediakan juga 1 buah Kafeteria, Perkhidmatan Dobi , Mini Koperasi, Pusat Siber, Pusat Islam. Terdiri daripada 6 blok asrama yang terbahagi kepada 3 blok siswi ( V1,V5 dan V6) dan      3 blok siswa ( V2, V3 dan V4 ), kemudahan kamsis ini bermatlamat untuk :

  1. Memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar baru dan yang datang dari kawasan luar serta tidak berkemampuan dari segi kewangan.
  2. Menjaga keselamatan pelajar daripada masalah sosial seperti melakukan perbuatan yang luar daripada pandangan dan kawalan ibubapa.
  3. Melatih pelajar mendisiplinkan diri dari segi mental dan fizikal serta menyemaikan sikap berdikari dan bertolak ansur.

 

PERKARA – PERKARA PENTING YANG PELAJAR PERLU TAHU.

  1. Menerima borang senarai inventori bilik semasa pendaftaran asrama.
  2. Isi maklumat dengan lengkap periksa dan pastikan keadaan barangan dan peralatan dalam bilik berada dalam keadaan baik.
  3. Kembalikan ke Unit Kamsis dengan kadar segera.
  4. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada peralatan / kemudahan – buat laporan di Pejabat Penyelia ( isi borang laporan kerosakan ).
  5. Tidak boleh sama sekali memberi tumpang bilik kepada orang lain (Bukan pelajar asrama)
  6. Tidak boleh mengalihkan peralatan dalam bilik
  7. Dilarang bertukar bilik tanpa kebenaran.
  8. Mematuhi waktu melawat yang telah ditetapkan.
  9. Tetamu tidak dibenarkan memasuki kawasan kamsis

WAKTU  MELAWAT

Hari Kuliah

4.00 petang hingga 7.00 petang

Hari minggu / Cuti umum

8.00 pagi hingga 7.00 malam

Contact Us

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: +605-4543 075,

+605-4544 431/504/896/086 

Fax: 605-4544993

Email: propsas@polycc.edu.my

 

PSAS's Security Guard Post
05-4543075

Head of Student Affairs Department
05-4544086

Disaster Control Center
05-4544086

Visitors Counter

3101795
Today
Yesterday
This Week
All days
856
2976
14756
3101795

2025-04-26 07:45

Search