SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH SESI II : 2025/2026

ARAHAN:

1. Sila rujuk BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II : 2025/2026 dan pastikan dicetak atau disimpan di dalam bentuk softcopy.

2. Baca dengan teliti segala maklumat yang dimaklumkan.

3. TARIKH - TARIKH PENTING berkenaan dengan Pendaftaran adalah seperti berikut:

Kategori Program

Tarikh Mula Pembayaran Yuran Pengajian dan Asrama

Tarikh Mula Online Di SPMP (untuk mendapatkan no. pendaftaran / no. matrik)

Tarikh Daftar (rujuk Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu SESI II : 2025/2026)

Diploma Sepenuh Masa (Lepasan SPM dan Selain SPM)

Bermula 15.12.2025, Isnin

Selepas 3 hari bekerja dari pembayaran yuran atau bermula 18.12.2025 dan klik link: https://spmp.psas.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp

05.01.2026, Isnin

 PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a) MENJELASKAN SEMUA Yuran dan Bayaran untuk memudahkan urusan pendaftaran.

b) Membuat pembayaran dengan merujuk kepada Perincian Jumlah Bayaran dan Kaedah Bayaran di dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II: 2025/2026.

c) Sila bawa Borang Hal Ehwal Pelajar 1 hingga 6 semasa pendaftaran (BHEP 1 – BHEP 6) dan Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP).

Sila cetak Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) di sini.

d) Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang dibuat tanpa merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.

e) Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab calon pelajar sendiri. Sebarang tuntutan semula bayaran tidak akan dilayan.

f) Menyediakan gambar passport atas tujuan Penasihatan Akademik dan lain-lain jika diminta.

g) Melaksanakan proses pendaftaran online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP), https://spmp.psas.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp (pelajar DIPLOMA) (selepas 3 hari bekerja dan dikira hanya pada hari bekerja sahaja). Pembayaran yang dilakukan selepas jam 5 petang akan dikira sebagai pembayaran pada hari berikutnya mengikut hari bekerja.

• Sistem SPMP akan diaktifkan untuk pendaftaran dalam talian (online) mulai 18.12.2025, Khamis.

Cetak Pengesahan Pendaftaran Online SPMP sebanyak 2 salinan (1 salinan diserahkan semasa pendaftaran asrama dan 1 salinan diserahkan semasa pendaftaran pengajian).

• Melapor diri di PSAS pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan. Sebarang pemakluman akan dimaklumakan melalui Portal PSAS – pelajar diploma atau di fb Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.

SEKIAN, TERIMA KASIH. “DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN”

 

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3840721
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
607
3476
21789
3840721

2026-01-17 03:57

Search