Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) yang dahulunya dikenali sebagai Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK) telah wujud sejak penubuhan Politeknik Tanjung Malim (PTM) lagi. Seterusnya dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan setelah berpindah ke kampus PSAS yang bertempat di Behrang Stesen. Pada mulanya PTM beroperasi di bangunan Sekolah Menengah Teknik, Slim River pada 1 Mac 2002 dan berpindah ke kampus sendiri berkeluasan 110 ekar di Behrang, Perak pada 1 April 2003 yang telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dengan diberi nama baru iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
PSAS mempunyai kemudahan serta fasiliti sukan dan diantaranya adalah seperti Padang Bola dan Raghbi, gelanggang tennis, bola keranjang, softball, sepak takraw, bola tampar, gymnasium, badminton, woodball dan beberapa kemudahan lain. Selain daripada itu, PSAS juga mempunyai dua(2) Dewan Utama iaitu Dewan Muallim yang menempatkan 4 buah gelanggang Badminton serta Pusat Sukan yang memiliki 1 Gelanggang Badminton, 1 Gelanggang Sepak Takraw , Squash, Ping Pong serta Studio Muzik Moden & Tradisional.
JSKK merupakan satu- satunya jabatan yang mengelola pelbagai aktiviti sukan yang bukan sahaja melibatkan pelajar malah kakitangan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Selain itu, JSKK juga mempunyai Unit Kebudayaan yang berfungsi dalam mengasah bakat seni dan kebudayaan yang melibatkan nyanyian, band, tarian, caklempong dan muzik tradisional khusus untuk pelajar PSAS. Di samping itu, JSKK juga mempunyai Unit Kokurikulum yang berperanan penting dalam merangka program kokurikulum berkredit yang melibatkan Kelab berkredit, Badan Beruniform berkredit dan Sukan berkredit khusus untuk pelajar PSAS sepanjang semester pembelajaran & pengajaran berlangsung.
PSAS merupakan Pusat Kecemerlangan Atlet Politeknik (PKAT) bagi sukan Sepak Takraw dan Berbasikal Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP). Hal ini seiring dengan hasrat PSAS dalam melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja cemerlang akademik malah dapat mengasah bakat kemahiran insaniah, pengurusan program serta aktif dalam kokurikulum, sukan & kebudayaan.