Corporate Industrial Services & Employability Center (CISEC) Politeknik Sultan Azlan Shah telah ditubuhkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2010. Unit ini berfungsi sebagai pemangkin utama dalam merancang dan melaksanakan inisiatif komprehensif yang bertujuan untuk melahirkan graduan berkualiti tinggi yang kompetitif serta relevan dengan kehendak industri.
Fungsi dan Peranan CISEC
- Pembangunan Kerjaya: Merancang dan melaksanakan program-program komprehensif untuk persediaan graduan ke alam pekerjaan
- Kebolehpasaran Graduan (GE): Merancang dan melaksanakan program intervensi GE untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang selari dan relevan dengan kehendak industri.
- Jaringan industri: Memudah cara jaringan dan kolaborasi antara PSAS dengan industri.
- Kolaborasi Strategik: Menyelaraskan perbincangan strategik dengan Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) untuk mendapatkan maklum balas dan nasihat pakar, bagi menjamin kualiti dan relevansi graduan.
- Pengurusan Data SKPG-TVET: Mengumpul, menganalisis, dan melaporkan data kebolehpasaran graduan (GE) bagi tujuan penambahbaikan program secara berterusan.