Pengenalan :
Unit Pembangunan & Senggaraan (UPS) Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan unit yang mengurus dan menyelaras pembangunan serta penyelenggaraan kemudahan fizikal termasuk bangunan di kampus ini.
Fungsi :
Pada keseluruhannya, UPS adalah bertanggungjawab dalam penyediaan perancangan pembangunan termasuk pengurusan penyelenggaraan kemudahan fizikal dan bangunan supaya berada di dalam keadaan yang baik.
Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:
Penyelenggaraan :
- Mengurus , menyelia dan memantau aktiviti penyelenggaraan dari semasa ke semasa semua bangunan dan kemudahan infrastruktur termasuk aset tertentu di PSAS agar sentiasa dalam keadaan yang selamat, kondusif dan bebas daripada kerosakan yang boleh membahayakan dan menjejaskan warga PSAS.
- Memastikan bangunan & kemudahan fizikal sedia ada selamat dan berfungsi ketika digunakan.
Pembangunan :
- Membuat Cadangan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf untuk PSAS
- Membuat perancangan dan penyeliaan kerja selaras dengan keperluan semasa
Tujuan :
Membantu tugasan Jurutera yang melibatkan pemantauan projek – projek pembangunan, penyelenggaraan dan baikpulih infrastruktur dan kemudahan di Politeknik dalam menyediakan dikumentasi spesifikasi, lukisan dan semua urusan yang melibatkan kejuruteraan. Selain itu memastikan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur serta kemudahan kampus dalam keadaan baik, memberi keselesaan kepada semua warga Politeknik.
Akauntabiliti :
Melaksana kerja-kerja pembangunan serta senggaraan infrastruktur & kemudahan termasuk kerja-kerja pengubahsuaian di bawah Bajet Pengurusan Penyenggaraan, Bajet Pembangunan dan Bajet RMK.
- Mengenalpasti dan merancang keperluan kemudahan fizikal di dalam kampus & kamsis (Kerja Awam, Kerja Elektrik dan Kerja Mekanikal)
- Membuat perancangan kerja.
- Melaksana kerja yang dirancang mengikut keutamaan.
- Menyenggara infrastruktur & kemudahan
Tugas Utama :
1. Melaksana kerja-kerja penyediaan spesifikasi teknikal dan kadar harga untuk kerja sebutharga dan lantikan terus.
2. Menyelia kerja-kerja pemasangan, penambahan dan penyenggaraan bangunan & infrastruktur yang dilakukan oleh kontraktor luar.
3. Membantu Ketua Unit dalam membuat perancangan, laporan dan memantau projek-projek dibawah penuntukan RMK.
4. Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran Unit untuk tugas berkaitan surat menyurat, laporan kedatangan, cuti dan lain-lain.
5. Menyelaras sistem aduan kerosakan e-helpdesk, sistem e-Hadir dan Sistem Pengurusan Stor.
6. Menghadiri mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), jawatankuasa sebutharga dan mesyuarat-mesyuarat lain
7. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa kerja / aktiviti / audit mengikut pelantikan dari masa ke semasa.
8. Menguruskan hal ehwal Aset Harta Modal & Inventori.
9. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pengarah, Timbalan Pengarah I & II