Latar Belakang

photo 2022 07 29 10 57 27

Jabatan Perdagangan (JP) yang diketuai oleh Puan Mariaty binti Ahmad merupakan salah satu jabatan akademik di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Jabatan ini menawarkan empat program diploma iaitu Diploma Akauntansi (DAT)/Diploma Perakaunan (DAC), Diploma Pemasaran (DPR), Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM) dan Diploma Pengajian Perniagaan (DPM).

Bagi menyokong kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang kondusif dan berteknologi. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik kuliah, dewan kuliah, makmal komputer, bilik pembentangan, bilik studio dan modelling, bilik pengajaran mikro, bilik keusahawanan serta bilik simulasi. Kemudahan ini disediakan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif dan memenuhi keperluan pembelajaran berasaskan amali serta industri.

Jabatan Perdagangan berperanan melahirkan graduan separa profesional yang berpengetahuan, berkemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor awam dan swasta, selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi dan keperluan industri semasa.

Seiring dengan hasrat tersebut, para pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum melalui penyertaan dalam kelab, persatuan dan program kesukarelawanan yang berdaftar di politeknik, di samping menyertai aktiviti sukan dan pembangunan sahsiah. Penglibatan ini bertujuan membentuk graduan yang seimbang dari aspek akademik, kepimpinan, komunikasi dan kemahiran insaniah. Dalam masa yang sama, pensyarah turut digalakkan menyertai badan-badan profesional dan ikhtisas bagi meningkatkan kompetensi, profesionalisme serta memperkukuh jaringan kerjasama dengan industri.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

4164615
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
264
1558
7852
4164615

2026-08-06 06:13

Search