
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya mengalu-alukan kunjungan para pelawat ke laman web ini sebagai medium perkongsian maklumat bagi Jabatan Perdagangan.
Di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah, terdapat empat (4) program yang ditawarkan iaitu Diploma Akauntansi/Perakaunan (DAT/DAC), Diploma Pengajian Perniagaan (DPM), Diploma Pemasaran (DPR) dan Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM).
Jabatan Perdagangan komited dalam melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing selaras dengan keperluan industri dan aspirasi negara. Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan dan teknologi, kami sentiasa berusaha memperkasakan penyampaian ilmu, memperkukuh jaringan kerjasama serta membudayakan kecemerlangan dalam setiap aspek pengurusan dan pembelajaran.
Laman web ini merupakan platform untuk menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan program pengajian, aktiviti jabatan, serta pencapaian yang melibatkan warga Jabatan Perdagangan. Saya berharap laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak sebagai sumber rujukan yang tepat dan berkesan.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama dalam usaha memartabatkan Jabatan Perdagangan ke arah kecemerlangan yang berterusan.
Sekian, terima kasih.
“Melahirkan Graduan Berkualiti, Memacu Kecemerlangan Masa Hadapan”
Mariaty Ahmad
Ketua Jabatan
Jabatan Perdagangan
Politeknik Sultan Azlan Shah