
Perpustakaan PSAS merupakan satu unit yang berfungsi sebagai pusat carian maklumat bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan kepada warga PSAS khasnya. Perpustakaan ini telah beroperasi sejak April 2003. Kedudukannya yang strategik iaitu di Blok B dikelilingi oleh jabatan-jabatan akademik dan bilik kuliah menjadikannya sebagai satu pusat sehenti untuk semua pelajar.Perpustakaan PSAS mempunyai keluasan lantai 3774 meter persegi dan mampu menampung 1000 orang pengguna dalam satu masa.Sehingga kini, jumlah koleksi di Perpustakaan PSAS ialah sebanyak 38,548 bahanyang meliputi semua bidang pembelajaran dan pengajaran. Kesemua bahan disusun dengan menggunakan sistem pengkelasan Library of Congress Classification (LCC) dan Library of Congress Subject Headings (LCSH) bagi penentuan tajuk perkara sesuatu bahan rujukan. Selain daripada menyediakan rangkaian internet di setiap sudut perpustakaan, Digital Repository MyPOLYCC juga disediakan sebagai sumber rujukan bahan digital berpusat merangkumi kesemua politeknik dan kolej komuniti di Malaysia.