Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah salah sebuah jabatan akademik sokongan terdapat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Jabatan ini bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran modul-modul berkaitan Matematik, Pengkomputeran dan Sains Kejuruteraan.
JMSK dianggotai seramai 30 orang pensyarah yang terdiri daripada pelbagai bidang akademik seperti Matematik, Sains, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik. Mereka kemudiannya dibantu oleh 1 orang pembantu makmal dalam menguruskan hal-hal berkaitan penggunaan dan pengurusan makmal serta 1 orang Pembantu Am Rendah.
Dari segi infrastruktur , JMSK bertanggungjawab menguruskan makmal-makmal pengkomputeran dan juga makmal – makmal sains supaya boleh digunapakai oleh pensyarah dan juga pelajar daripada semua jabatan induk. Penggunaan makmal pengkomputeran dan juga makmal sains adalah mengikut jadual waktu yang telah dirancang.
Latar Belakang
Jumlah paparan: 10309