Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-
Nya, laman web Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Azlan
Shah dapat terus menjadi medium perkongsian maklumat dan platform komunikasi yang
bermanfaat kepada semua pengunjung.
Selamat datang saya ucapkan kepada seluruh warga PSAS, para pelajar, ibu bapa, rakan
industri, alumni serta masyarakat umum yang melayari laman web rasmi JMSK.Jabatan
Matematik, Sains dan Komputer memainkan peranan penting dalam menyokong
kecemerlangan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dalam
bidang Matematik, Sains dan Komputer. Seiring dengan perkembangan teknologi dan
keperluan pendidikan masa kini, JMSK sentiasa komited dalam memperkasa budaya
pembelajaran yang inovatif, kreatif dan berteraskan teknologi bagi melahirkan graduan yang
berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.
Selain memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik, JMSK juga aktifmelaksanakan
pelbagai program berkaitan STEM, penyelidikan, inovasi, khidmat komuniti serta pembangunan
sahsiah pelajar. Usaha ini selaras dengan aspirasi Politeknik dan Kolej Komuniti untuk melahirkan
modal insan yang holistik serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Melalui laman web ini, para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan jabatan,
staf, program akademik, aktiviti pelajar, penyelidikan, inovasi dan pencapaian JMSK. Saya berharap
segala informasi yang disediakan dapat membantu serta memberi manfaat kepada semua pihak.
Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga JMSK atas
komitmen dan dedikasi yang berterusan dalam memartabatkan jabatan ini. Semoga JMSK terus
cemerlang sebagai peneraju kecemerlangan STEM dan pendidikan digital di Politeknik Sultan Azlan Shah.
Sekian, terima kasih.
RABIATUL ADAWIYAH BINTI ROSLI
Ketua Jabatan
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)
Politeknik Sultan Azlan Shah