Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan(Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian (BMA)
Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (RekabentukAutomotif) dengan Kepujian yang ditawarkan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah dibangunkan untuk mengisi keperluan tenaga kerja dalam sebahagian ruang lingkup bidang kejuruteraan pembuatan yang sangat luas. Program yang berasaskan Workbase Learning (WBL) ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang khusus dalam bidang rekabentuk automotif dan kejuruteraan pembuatan yang boleh diaplikasi untuk pelbagai kerjaya dalam industry automotif masa kini. Pelajar akan lebih banyak didedahkan dengan pelbagai elemen inovatif melalui silibus dan kurikulum yang lebih memfokuskan kepada proses rekabentuk komponen asas automotif yang seterusnya membawa kepada rekabentuk pembuatan enjin serta rekabentuk badan kenderaan keseluruhannya.
Antara modul pengajian yang ditawarkan di dalam program ini adalah RekaBentuk Automotif, Sistem Automotif, Peraturandan Undang-undang Automotif, Teknologi Hijau Automotif, Analisis Unsur Tak Terhingga dan Sistem Pengurusan Pengeluaran. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar daripada program ini akan membolehkan mereka menyahut cabaran dalam pasaran kerja yang sangat mencabar pada masa kini lebih-lebihlagi dalam bidang automotif. Justeru, program ini sangat signifikan untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang kompeten dan mampu membangunkan rekabentuk yang baru atau menambah baik struktur mesin, enjin, transmisi, atau sistem kenderaan lain yang sedia ada dengan menggunakan teknologi terkini serta dibantu dengan perisian rekabentuk komputer yang terkini.
Tempoh Pengajian – 3 Tahun (PSAS) + 1 Tahun (Industri)
PELAJARIJAZAH

Hebahan
SENARAIPENSYARAH
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif)

Ts. MOHAMMAD AL BUKHARI BIN MARZUKI
KETUA PROGRAM BMA

DR. HAZMAN BIN ABU HASSAN
PENSYARAH UTAMA

DR. HAINOL AKBAR BIN ZAMAN
PENSYARAH UTAMA

EN. IZWAN BIN HAMID
PENSYARAH KANAN

EN. BAHARUDDIN BIN MOHD ZANGGI
PENSYARAH KANAN

Ts. ABDUL QOIYUM BIN MOHD RADZI
PENSYARAH KANAN

PN. SITI ATIQA AL ZAHRA BINTI MAT DARUS
PENSYARAH

PN. SITI AMINAH BINTI ABDUL GHANI
PENSYARAH

DR. KHALIS BIN SUHAIMI
PENSYARAH