Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) adalah satu pusat di Politeknik Sultan Azlan Shah yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan kursus-kursus dalam perkhidmatan (KUDAP) dan menguruskan penggunaan kemudahan – kemudahan yang tersedia di PSAS dan mengelolakan Penswastaan Sektor Masa (TSP), Kursus Secara Sambilan, Kursus Pendek dan fasiliti.
KONSEP PENSWASTAAN SEKTOR MASA (TSP)
Pengenalan TSP:
Definisi
Menjalankan aktiviti-aktiviti selepas waktu pejabat atau cuti dengan
menggunakan kepakaran/kemahiran sendiri serta kemudahan yang terdapat di politeknik atau mengoptimumkan segala sumber yang ada berkonsepkan win-win situation.
Faedah
1. Meningkatkan kepakaran/kemahiran.
2. Sumbangan kepada masyarakat.
3. Optimumkan kemudahan.
4. Tingkatkan pendapatan.
5. Tingkatkan kemudahan di politeknik.
TSP
1. Kursus Secara Sambilan (KSS).
2. Kursus Terlanggan (customized course).
3. Kursus Pendek.
4. Sewaan fasiliti : penginapan, dewan kuliah, pusat sukan, makmal, pengujian bahan dll.
Latar Belakang
Jumlah paparan: 9578