PENGENALAN
Unit Penyelidikan dan Inovasi PSAS merupakan satu unit yang ditubuhkan khas untuk menjadi nadi penggerak dalam usaha untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi di kalangan pelajar, pensyarah dan staf di PSAS.
FUNGSI
- Menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat PSAS.
- Mengurus serta melaksanakan aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat PSAS.
- Mengurus dan mengendali seminar, kolokium dan pertandingan produk inovasi Pelajar & Staf di peringkat PSAS
- Menyelaras penyertaan PSAS di dalam seminar penyelidikan dan pertandingan inovasi di dalam dan di luar PSAS.
- Menggalakkan dan memantau pembentangan kertas kajian di seminar / bengkel / persidangan di peringkat politeknik / zon / kebangsaan / antarabangsa.
- Menyelaras keperluan sumber dan bajet bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat PSAS.