Pusat Pengurusan Strategik (PPS) PSAS ditubuhkan bagi merancang, menyelaras, melaksana, mengawalselia dan memantau perjalanan pengurusan kualiti PSAS. Selain Ketua PPS, unit ini disokong oleh seorang Pegawai Pengurusan Kualiti bersama urusetia kualiti dan pegawai kualiti jabatan akademik dan unit sokongan dalam melaksanakan proses pembangunan dan pembudayaan kualiti secara berterusan.
Fungsi/Peranan:
PPS berperanan dalam urusan berikut:
- Merancang, menyelaras, melaksana, mengawalselia dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) seiring dengan keperluan standard, dokumen kualiti dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
- Memantau dan mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK di jawatankuasa, pemilik proses, jabatan dan unit.
Dasar Kualiti
PSAS bertekad untuk memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan dalam bidang teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang dipertingkatkan keberkesanannya secara berterusan bagi melahirkan modal insan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang selaras dengan keperluan gunatenaga negara.