Badan yang mengakreditasi ETAC adalah melalui Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Mengikut Akta 138 (Akta Pendaftaran Kejuruteraan 1967) menyatakan “Seseorang berkelayakan Inspector of Works (IOW) yang bekerja membantu Jurutera Profesional WAJIB BERDAFTAR dengan Lembaga Jurutera Malaysia”. BEM hanya akan mengiktiraf IOW sekiranya program berkenaan mendapat pengiktirafan melalui ETAC (Peringkat Diploma Kejuruteraan /Teknologi Kejuruteraan).
Seksyen 3(1) Akta 679 menerangkan ketidakpakaian Akta 679 ke atas akta sedia ada seperti Akta 138 yang telah memperuntukkan kuasa akreditasi.
Program-program kejuruteraan Politeknik Malaysia telah tamat tempoh akreditasi (MQA) pada tahun 2019, dan secara langsung WAJIB untuk memohon akreditasi semula.
Implikasi KETIDAKPATUHAN akreditasi ETAC:
- Graduan Diploma Kejuruteraan Politeknik TIDAK boleh berdaftar sebagai IOW dan seterusnya TIDAK DIBENARKAN untuk mempraktikkan amalan kejuruteraan dalam pekerjaan.
- Pelajar TIDAK boleh diterima bekerja di perkhidmatan awam (kerajaan)
- Pelajar TIDAK LAYAK mendapatkan bantuan kewangan (contoh:PTPTN)
Program-program yang ditawarkan di PSAS dan telah mendapat akreditasi:
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA)
Akreditasi Penuh
- Diploma Ukur Bahan (DUB) - SIJIL MQA
- Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
- Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)
Akreditasi Penuh
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)
Akreditasi Penuh
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) dengan Kepujian (BMA) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif (DAD) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
- Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
- Diploma Kejuruteran Mekanikal (Pembuatan) (DTP) - SIJIL MQA | SIJIL ETAC
JABATAN PERDAGANGAN (JP)
Akreditasi Penuh