ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan keperluan asas yang perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan. Sistem Pengurusan Kualiti adalah satu sistem kerja yang terancang di mana proses-proses dikawal bagi menghasilkan perkhidmatan yang konsisten kualitinya.
Skop SPK PSAS adalah pemberian perkhidmatan pendidikan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. PSAS telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015 daripada SIRIM QAS Sdn. Bhd. pada 20 Mac 2018.
Sijil SIRIM