Koleksi Perpustakaan

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Terdiri daripada pelbagai subjek dan disusun di rak terbuka untuk rujukan dan peminjaman. Kesemuan bahan terdiri daripada koleksi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Perpustakaan PSAS menggunakan sistem klasifikasi Library of Congress Classification (LCC) dalam menentukan nombor panggilan bagi bahan dan Library of Cataloguing Subject Heading (LCSH) bagi menentukan tajuk perkara. Sistem klasifikasi ini digunakan bagi penyusunan bahan di atas rak.

Kedudukan dan lokasi adalah seperti berikut :-

  ARAS BAWAH    

  ARAS ATAS

A

 KARYA AM   

 M

 MUZIK

B

 AGAMA & FALSAFAH   

 N

 KESENIAN

C-F

 SEJARAH       

 P

 BAHASA KESUSASTERAAN

G

 GEOGRAFI  

 Q

 SAINS

H

SAINS KEMASYARAKATAN

 R

 PERUBATAN

J

 SAINS POLITIK 

S

 PERTANIAN

K

 UNDANG-UNDANG   

T

 TEKNOLOGI

L

 PENDIDIKAN     

U-V

SAINS KETENTERAAN DARAT&LAUT

Z

BIBLIOGRAFI & SAINS PERPUSTAKAAN

Koleksi Majalah Jilid - Rak Terbuka

Koleksi Laporan Latihan Industri - Rujukan Red Spot

Koleksi Laporan projek Akhir - Rujukan Red Spot

Kamus - Rujukan Red Spot

Koleksi Keratan Suratkhabar - Rujukan Red Spot

TERBITAN BERSIRI

Koleksi Terbitan Bersiri adalah terbitan secara berkala secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan dalam pelbagai bidang umum. Koleksi ini terdiri daripada pelbagai majalah keluaran tempatan.

RUJUKAN DAN ABSTRAK

Koleksi ini terdiri daripada Ensiklopedia, Kamus, Bibliografi dan sebagainya. Bahan ini hanya boleh dirujuk di sekitar perpustakaan sahaja.

PINJAMAN BERKELOMPOK

Sumber koleksi Pinjaman Kelompok ini adalah bahan yang dipinjam daripada Perpustakaan Negara Malaysia.

AUDIO VISUAL

Koleksi ini ditempatkan di bahagian pentadbiran perpustakaan dan pengguna boleh mengakses bahan tersebut daripada pegawai bertugas. Bahan hanya boleh dipinjam oleh pensyarah sahaja berdasarkan kadar pinjaman dan tempoh yang telah ditetapkan. Pelajar dibenarkan mengakses bahan didalam perpustakaan sahaja.

NOVEL

Koleksi ini boleh diperolehi di aras satu iaitu di rak P dan juga di sudut kanak-kanak Aras 0.

SUDUT BACAAN KANAK-KANAK

Sumber koleksi bacaan terdiri daripada bahan bacaan PSAS dan koleksi Pinjaman Kelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3100423
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
2460
2077
13384
3100423

2025-04-25 20:36

Search