PERATURAN PERPUSTAKAAN
PENGGUNA PERPUSTAKAAN PSAS MESTI MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN BERIKUT:
- Hanya pengguna yang berdaftar atau memperolehi kebenaran bertulis daripada Pengurusan sahaja dibenarkan menggunakan perpustakaan.
- Pengguna perlulah sentiasa memakai kad pelajar/staf dan mematuhi peraturan rupadiri semasa berada di sekitar kawasan perpustakaan.
- Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, membuat bising, merokok, tidur, berdua-duaan, menggunakan telefon bimbit, memakai sebarang jenis jaket @ baju sejuk kecuali baju bengkel, melakukan kerosakan (menanda, mengoyak atau memusnahkan bahan), mengubah susun atur perabut atau melakukan sesuatu yang akan menjejaskan suasana di perpustakaan.
- Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk selain peralatan yang digunakan untuk proses pembelajaran. Barang-barang persendirian hendaklah di simpan di bilik depositori. Keselamatan barang persendirian adalah tanggungjawab pengguna.
- Pengguna TIDAK DIBENARKAN memberi, membenarkan atau menggunakan kad / kod pengenalan diri pengguna kepada pengguna lain bagi tujuan Sirkulasi (PEMINJAMAN /PEMULANGAN/ PEMBAHARUAN (RENEW) /SEMAKAN DENDA). Tindakan TEGAS akan diambil kepada pengguna yang berbuat demikian.
- Pengguna perlu mematuhi peraturan bilangan buku yang dibenarkan dan bertanggungjawab di atas pemulangan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Peminjam adalah bertanggungjawab terhadap bahan yang dipinjam. Denda akan dikenakan ke atas bahan perpustakaan yang lewat dipulangkan mengikut kesalahan kelewatan.
- Pengguna (kakitangan akademik dan sokongan) yang masih tidak memulangkan bahan rujukan akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya:
- Nilai denda tertunggak melebihi RM5.00 dan ke atas, secara automatik tidak dibenarkan menggunakan semua perkhidmatan Perpustakaan dan;
- Selepas 30 hari dari tarikh pemulangan, bahan rujukan tersebut dianggap hilang dan nilai denda akan dikenakan merujuk kepada Jadual Denda Perpustakaan.
- Segala urusan di kaunter perpustakaan akan tamat 15 minit sebelum waktu perpustakaan ditutup. Semua pengguna perlu meninggalkan perpustakaan mengikut waktu yang ditetapkan.
- Kakitangan perpustakaan berhak mengarah atau melarang pengguna daripada masuk atau menggunakan sebarang kemudahan sekiranya pengguna didapati telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh perpustakaan.
JUMLAH PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN |
||
Pengguna |
Koleksi |
Tempoh |
1. Pelajar 2. Kakitangan Akademi 3. Kakitangan Sokongan |
10 bahan 10 bahan 10 bahan |
4 minggu 4 minggu 4 minggu |
Denda Perpustakaan |
||
Bil. |
Kategori bahan |
Kadar denda (RM) |
i. |
Rak terbuka |
0.10 sehari |
ii. |
Bahan hilang / rosak (koleksi Tempatan / Luar negara) |
Harga bahan hilang + RM20.00 (Perkhidmatan) + Denda (bilangan hari lewat) |
iii. |
Koleksi Sumbangan (Tempatan / Luar Negara) Bahan hilang / rosak |
Had maksima RM100.00 (Bahan tempatan) + RM20.00 (Perkhidmatan) + Denda (bilangan hari lewat) Had maksima RM125.00 (Bahan Luar Negara) + RM20.00 (Perkhidmatan) + Denda (bilangan hari lewat) |
**Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1995 (Perkhidmatan- Seksyen denda ) dan Garis Panduan Perpustakaan dan Pusat Sumber KPTM 2005