Latar Belakang

photo 2022 07 29 10 57 27

Jabatan Perdagangan (JP) yang diketuai oleh Puan Norhazlin Mohamed Ali, merupakan salah satu jabatan akademik di Politeknik Sultan Azlan Shah. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu Diploma Akauntansi (DAT), Diploma Pemasaran(DPR), Diploma Pengurusan Peruncitan(DRM)  dan Diploma Pengajian Perniagaan(DPM).

Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan-kemudahan yang disediakan terdiri daripada bilik dan dewan kuliah, makmal perakaunan, bilik pembentangan, bilik studio dan modeling, bilik pengajaran mikro, bilik keusahawanan, bilik simulasi serta bilik pengajaran mikro. Pada masa ini Jabatan Perdagangan mempunyai seramai 42 tenaga pengajar akademik dan seorang staf sokongan.

Fungsi dan peranan Jabatan Perdagangan ialah untuk melahirkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti, berketerampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor awam dan swasta selaras dengan visi dan misi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagi memenuhi keperluan visi dan misi tersebut para pelajar digalakkan bergiat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dengan menyertai pertubuhan dan kelab yang berdaftar di Politeknik serta aktiviti sukan. Manakala pensyarah pula digalakkan menganggotai badan-badan ikhtisas bagi meningkatkan profesionalisme masing-masing.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3100525
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
2562
2077
13486
3100525

2025-04-25 21:19

Search