Terma Rujukan Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Dan Kolej Komuniti

  1. Pelantikan adalah untuk tempoh dua (2) tahun oleh Ketua Pengarah JPPKK.
  2. Memberikan cadangan objektif jangka panjang kepada Politeknik dan Kolej Komuniti, serta memberi nasihat dalam membangunkan Pelan Strategik kolaborasi bersama industri.
  3. Memberikan input dan maklum balas terhadap keperluan tenaga kerja berkemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.
  4. Memberikan nasihat dan membantu dalam mencadangkan rakan kolaborasi untuk Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang akademik dan latihan, pemindahan teknologi dan inovasi, pengembangan aktiviti penyelidikan dan pengkomersilan serta keusahawanan.
  5. Menyokong dan menyertai aktiviti-aktiviti Politeknik dan Kolej Komuniti dan Mesyuarat JPI yang telah dijadualkan.
  6. Mesyuarat akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun dan dipengerusikan oleh wakil industri.
  7. Pengerusi mesyuarat adalah dikalangan ahli Jawatankuasa Penasihat Industri yang telah dilantik dan Pengarah institusi bertindak sebagai sekretariat.
  8. Pembaharuan lantikan JPI sedia ada boleh diteruskan pada sesi-sesi seterusnya tertakluk kepada persetujuan bersama.
  9. Sijil penghargaan akan dikeluarkan oleh Unit Kolaborasi, BKIK kepada ahli JPI Politeknik atau Kolej Komuniti.
  10. Pembatalan lantikan ahli JPI adalah tertakluk kepada dasar dan undang-undang sedia ada.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3200799
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
1159
818
1977
3200799

2025-06-09 18:38

Search