Latar Belakang

Pusat Jaminan Kualiti & Akreditasi (PJKA) PSAS ditubuhkan bagi merancang, menyelaras, melaksana, mengawalselia dan memantau perjalanan pengurusan kualiti PSAS.  Selain Ketua PJKA, unit ini disokong oleh seorang Pegawai Pengurusan Kualiti bersama urusetia kualiti dan pegawai kualiti jabatan akademik dan unit sokongan dalam melaksanakan proses pembangunan dan pembudayaan kualiti secara berterusan.

 

Fungsi/Peranan:

PJKA berperanan dalam urusan berikut:

  • Merancang, menyelaras, melaksana, mengawalselia dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) seiring dengan keperluan standard, dokumen kualiti dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  • Memantau dan mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK di jawatankuasa, pemilik proses, jabatan dan unit.

 

Dasar Kualiti

PSAS bertekad untuk memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan dalam bidang teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang dipertingkatkan keberkesanannya secara berterusan bagi melahirkan modal insan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang selaras dengan keperluan gunatenaga negara.

 

Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015

ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan keperluan asas yang perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Sistem Pengurusan Kualiti adalah satu sistem kerja yang terancang di mana proses-proses dikawal bagi menghasilkan perkhidmatan yang konsisten kualitinya.

 

plan

Skop SPK PSAS adalah pemberian perkhidmatan pendidikan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3102118
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
1179
2976
15079
3102118

2025-04-26 09:49

Search