Program Pengajian

Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)

Program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak binaan yang meliputi skop kerja di dalam industri pembinaan yang merangkumi aspek penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan awam.

Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )

Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB)

Program pengajian Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang operasi dan penyenggaraan perkhidmatan bangunan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus, studio dan industri berkaitan yang meliputi skop kerja dalam mengenali rekabentuk sistem, memastikan kerja pengoperasian dan penyenggaraan bangunan berjalan lancar bagi memenuhi kehendak industri dan pelanggan.Program pengajian ini menggabungkan disiplin berkaitan dengan kerja binaan infrastruktur bangunan, sistem elektrik kuasa dan sistem loji mekanikal dan penyenggaraan persekitaran merangkumi aspek kawalan suhu bilik, pengedaran udara, penyejuk dingin udara dan aras pencahayaan yang betul, keselesaan ruang bertugas, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan aset dan fasiliti secara berkesan. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan perkhidmatan bangunan dan pengurusan fasiliti.

Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )

Diploma Ukur Bahan (DUB)

Program pengajian Diploma Ukur Bahan direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang ukur bahan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di industri pembinaan yang meliputi skop kerja di dalam pengukuran dan penilaian kuantiti binaan-binaan berdasarkan reka bentuk struktur binaan. Program pengajian ini membentuk pelajar memahami pengetahuan dan kemahiran asas dalam ukur kuantiti bahan seperti membaca lukisan pelan, penggunaan bahan dan teknologi binaan,menulis speksifikasi bahan binaan dan mengira anggaran kos perbelanjaan pembinaan, pengurusan kontrak dan projek pembinaan, undang-undang dan amalan profesional.  Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat  berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang ukur bahan.

Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3109973
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
2422
2616
6444
3109973

2025-04-29 15:20

Search