Definisi Bidang Tujahan - Automotif & Pengeluaran

Industri automotif dan pengeluaran merupakan kegiatan ekonomi utama negara. Sektor ini berkembang pantas dan dinamik dengan pengenalan teknologi yang terkini yang mampan dan berorientasikan mesra alam.

Pemilihan bidang tujahan ini amat bertepatan dengan kehendak industri ini iaitu untuk menyumbang kepakaran penyelesaian masalah produktiviti dan kecekapan sektor automotif dan industri pengeluaran negara. Kaedah penyelesaian ini melalui penemuan teknologi baru dan penambahbaikan sistem pengeluaran yang mampu peningkatan produktiviti dan meningkatkan kecekapan industri. Penemuan-penemuan baru ini adalah melalui aktiviti kajian dan inovasi oleh penyelidik-penyelidik yang berbakat yang merupakan aset yang tidak ternilai yang dilatih oleh POLCAM.

Peranan utama POLCAM mendahului program akademik berkaitan automotif dan pengeluaran dalam penerokaan teknologi termaju berkaitan bidang tujahan ini. Apabila POLCAM berjaya melatih tenaga pakar untuk mahir dalam bidang teknologi termaju ini, maka barulah elemen teknologi baru dimasukkan dalam silibus program akademik yang berkaitan. Contoh terbaik teknologi kenderaan tanpa pemandu yang mula diteroka sejak 3 tahun lepas sudah mula diterapkan dalam Diploma Kejuteraan Mekanikal (Mekatronik). Dalam masa terdekat, teknologi kenderaan elektrik akan diserapkan dalam Diploma  Kejuteraan Mekanikal (Automotif). Inilah antara peranan utama POLCAM ditubuhkan.

Dalam masa lima tahun, POLCAM berhasrat untuk menjadi pusat rujukan utama untuk sektor automotif dan industri pengeluaran negara dalam agenda untuk peningkatan produktiviti dan kecekapan pengeluaran sektor-sektor ini. Pembentukan profesional dalam bidang perlindungan harta intelek merupakan strategi untuk melindungi hasil rekacipta POLCAM dalam bidang tujahan ini.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3100391
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
2428
2077
13352
3100391

2025-04-25 20:19

Search