SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH SESI II : 2024/2025
ARAHAN: Pastikan rujuk BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU yang betul kerana terdapat DUA (2) BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU yang berbeza mengikut kategori.
Bagi calon pelajar program Diploma Sepenuh Masa (Lepasan SPM dan Selain SPM (KK lulusan sebelum Sesi I:2024/2025 dan Sijil Kemahiran Mara)), mohon rujuk BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II : 2024/2025 dan pastikan dicetak atau disimpan di dalam bentuk softcopy.
Bagi calon pelajar program Diploma Sepenuh Masa (Laluan Asimilasi), mohon rujuk BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II : 2024/2025 (LALUAN ASMILASI) dan pastikan dicetak atau
disimpan di dalam bentuk softcopy.
Baca dengan teliti segala maklumat yang dimaklumkan.
TARIKH - TARIKH PENTING berkenaan dengan Pendaftaran adalah seperti berikut:
Kategori Program | Tarikh Mula Pembayaran Yuran Pengajian dan Asrama | Tarikh Mula Online Di SPMP (untuk mendapatkan no. pendaftaran / no. matrik) | Tarikh Daftar (rujuk Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu SESI II : 2024/2025) |
---|---|---|---|
Diploma Sepenuh Masa (Lepasan SPM dan Selain SPM (SKM, KK lulusan sebelum Sesi I:2024/2025) | Bermula 11 Disember 2024, Rabu | Selepas 3 hari bekerja dari pembayaran yuran atau bermula 12 Januari 2024, Jumaat dan klik link: | 06 Januari 2025, Isnin |
Diploma Sepenuh Masa (Laluan Asimilasi) | Bermula 06 Januari 2025, Rabu | Selepas 3 hari bekerja dari pembayaran yuran atau bermula 09 Januari 2025, Isnin dan klik link: | 15 Januari 2025, Rabu |
PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN
MENJELASKAN YURAN PENGAJIAN, YURAN ASRAMA DAN BAYARAN INSURAN WALAUPUN MENDAPAT TAJAAN untuk memudahkan urusan pendaftaran
Membuat pembayaran melalui JOMPAY. Sila rujuk Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu (yang berkaitan) untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan jumlah bayaran dan maklumat pembayaran.
Sila bawa Borang Hal Ehwal Pelajar 1 hingga 6 semasa pendaftaran (BHEP 1 – BHEP 6) dan Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP). Sila cetak Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) di sini.
Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang dibuat tanpa merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.
Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab calon pelajar sendiri. Sebarang tuntutan semula bayaran tidak akan
Menyediakan gambar passport atas tujuan Penasihatan Akademik dan lain-lain jika
Melaksanakan proses pendaftaran online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP), https://spmp.psas.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp (pelajar DIPLOMA) (selepas 3 hari bekerja dan dikira hanya pada hari bekerja sahaja).
Sistem SPMP akan diaktifkan mulai 16 Januari 2025, Isnin
Cetak Pengesahan Pendaftaran Online SPMP sebanyak 2 salinan (1 salinan diserahkan semasa pendaftaran asrama dan 1 salinan diserahkan semasa pendaftaran jabatan).
Melapor diri di PSAS pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan. Sebarang pemakluman akan dimaklumakan melalui Portal PSAS – pelajar diploma atau di fb Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
“DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN”