Latar Belakang

Polcam 01

Polytechnic Centre of Technology Automotive and Manufacturing (POLCAM), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) ditubuhkan pada tahun 2011 dan berjaya memperolehi pengiktirafan pada 2015. Pada tahun 2018, POLCAM berjaya mengekalkan status sebuah Centre of Technology (COT) selepas sesi pengauditan semula selepas 3 tahun diiktiraf. Bidang tujahan POLCAM dalam bidang Automotif dan Manufacturing yang seiring dengan program akademik Automotif dan Manufacturing di PSAS.

Antara aktiviti utama POLCAM pula iaitu Training & Professional Certification CATIA V5 Mechanical Designer Specialist. Consultation In Manufacturing System Productivity and Efficiency dan Intellectual Properties Protection Services. Aktiviti terbaru POLCAM seiring perkembangan teknologi termaju automotif iaitu Persijilan Profesional Electric Vehicle dan Research and Development of Autonomous Vehicle.

Antara kejayaan utama POLCAM iaitu dua hasil kajian POLCAM iaitu Multilayer Cake Machine dan Air Wheel Generator telah menyertai program antarabangsa pre-commercialization mentoring yang dianjurkan oleh World Intellectual Properties Organization (WIPO), Geneva. Peringkat Kebangsaan pula hasil kajian POLCAM berjaya menjadi Johan Anugerah Harta Intelek anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk produk kajian Portable Air Pump.

POLCAM juga berkolaborasi aktif dengan industri dan agensi berkaitan seperti Micro Concept Tech untuk persijilan professional Electric Vehicle, eMooVit untuk Research and Development of Autonomous Vehicle, KNK untuk manufacturing efficiency, JOTAC academy dan Institute of Materials Malaysia pula untuk kerjasama dalam bidang persijilan profesional welding, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan World Intellectual Properties Organization, Geneva untuk latihan dan mentoring dalam proses pengkomersialan hasil kajian POLCAM. Untuk Training and Professional Certification CATIA V5 Mechanical Designer Specialist pula, para peserta yang dilatih oleh jurulatih CATIA POLCAM berjaya lulus peperiksaan CATIA dengan kadar kelulusan hampir 100 peratus.

POLCAM juga mula menceburi bidang advance manufacturing seiring dengan teknologi pengeluaran termaju yang merupakan bidang tujahan POLCAM selepas bidang automotif. Bidang teknologi termaju manufacturing seperti teknologi 3D Metal & Plastic Printer, 3D Scanner, Modular Production System, Industry Robot, CNC. POLCAM berkerjasama dengan industri dalam bidang advance manufacturing seperti WNF Resources Sdn. Bhd., Advance Retro Solution Sdn. Bhd., Visual In-Tech Sdn. Bhd., Festo Sdn. Bhd., Hexagon Measurement Technologies Sdn. Bhd., ORS Technologies Sdn. Bhd., 3D Gens Sdn. Bhd. Dan Supreme Didactic Sdn. Bhd.

Pada tahun 2021, POLCAM telah menyambut ulang-tahun ke sepuluh penubuhannya. Pencapaian terbaik POLCAM apabila dianugerahkan Centre of Technology Terbaik 2020 dan 2021 (Anugerah Diamond) untuk dua tahun berturut-turut diatas prestasi cemerlang sepanjang tahun 2020 dan 2021. Pada tahun 2022 pula, Majlis TVET Negara menganugerahkan TVET Collaboration Hub bidang automotif kepada POLCAM sebagai Hab Automotif negara. 

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3099692
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
1729
2077
12653
3099692

2025-04-25 14:12

Search