Kaedah Penilaian

Sistem Nilai Mata

Sistem penilaian yang digunakan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi adalah Sistem Nilai Mata yang berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi seseorang pelajar di dalam sesuatu kursus.

Mengikut sistem ini mata bagi sesuatu modul dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam sistem gred. Satu ukuran prestasi digunakan bagi menetapkan Purata Nilaian Mata (PNM) dan Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM). PNM menunjukkan prestasi pelajar bagi semester semasa manakala HPNM pula menunjukkan purata pencapaian akademik seseorang pelajar dalam semua semester yang telah dilaluinya. (Sila rujuk buku Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian)

Pemberatan Penilaian Berterusan (PB) dan Peperiksaan Akhir (PA)

  • Bagi modul am dan modul yang tidak melibatkan PA, penilaian dibuat secara 100% PB.
  • Bagi modul yang melibatkan PA, penilaian berdasarkan kepada 60% PB dan 40% PA.
  • PB boleh terdiri daripada:

o    Kuiz : ujian ringkas yang diberikan pada waktu kuliah selepas tamat sesuatu topik pengajaran.

o    Tutorial : latihan yang diberikan semasa kelas bimbingan.

o    Ujian : pengujian yang agak menyuluruh yang diberikan selepas beberapa topik selesai diajar.

o    Tugasan/kerja kursus : topik atau masalah tertentu yang perlu diselesaikan oleh pelajar.

o    Makmal/bengkel/Projek : laporan berkaitan yang dihantar oleh pelajar.

  • PA semester biasanya diadakan dua minggu sebelum tamat semester berkenaan.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3100419
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
2456
2077
13380
3100419

2025-04-25 20:33

Search