Kata Aluan Ketua Jabatan

IMG 3523

 

Assalamu’alaikum dan Selamat Sejahtera,

Jabatan Pengajian Am (JPA) secara umumnya merupakan sebuah jabatan akademik sokongan yang melengkapkan jabatan akademik induk dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus umum yang ditawarkan di politeknik.

JPA di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang bertapak di Behrang Stesyen, Perak telah memulakan operasi sejak 2003 dengan diterajui oleh 9 orang kakitangan. Kini JPA telah mempunyai 29 orang kakitangan di bawah 2 unit iaitu Unit Pendidikan Islam dan Moral dan Unit Bahasa.

Unit Pendidikan Islam dan Moral memberi penekanan terhadap pembinaan sahsiah diri para pelajar sama ada ketika berada di politeknik atau di luar politeknik. Unit ini juga berusaha untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar supaya dapat diamalkan ketika berada di alam pekerjaan dan dalam kehidupan seharian.

Unit Bahasa pula memain peranan untuk melengkapkan pelajar dengan kursus komunikasi Bahasa Inggeris (Communicative English) dan Bahasa Mandarin sebagai persediaan pelajar untuk. meningkatkan penguasaan dan kebolehan berbahasa agar mampu bersaing di persada global dan sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian di PSAS.

Akhir kalam, komited membawa kejayaan. Selamat maju jaya!

MIOR ISKANDAR BIN MIOR AZIZAN
Ketua Jabatan Pengajian Am
Politeknik Sultan Azlan Shah

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3100411
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
2448
2077
13372
3100411

2025-04-25 20:29

Search