Kebajikan para pelajar yang tinggal di kamsis sentiasa diawasi oleh pihak felo dan pihak pengurusan kamsis. Pelajar yang sakit dihantar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Pada waktu pejabat, ia diuruskan oleh penyelia dan dibantu oleh pemandu politeknik, manakala pada waktu luar pejabat pula, ia diuruskan oleh felo bertugas atau felo on-call.
Perlu diingat bahawa mendiami kamsis bukan merupakan hak mana-mana individu. Pihak berkuasa PSAS berhak menawar atau tidak menawarkan kemudahan penginapan di kamsis kepada mana-mana pelajar. Pelajar yang jauh dan yang berdisiplin dan memberi kerjasama kepada pihak pengurusan kamsis akan diberi keutamaan untuk tinggal di kamsis.
Bagi maklumat lanjut berkenaan kamsis, boleh hubungi Unit Pengurusan Kamsis di talian 05-4544431 samb. 1602.