Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bertanggungjawab menjaga hal ehwal serta kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di Politeknik Sultan Azlan Shah.
JHEP komited dalam menggalakkan dan memperkayakan aktivitiviti ko-kurikulum pelajar dengan memberikan perkhidmatan berkualiti bagi merangsang pembangunan pelajar secara berterusan.
Jabatan ini terdiri dari dua unit yang saling bantu membantu di antara satu sama lain.Unit-unit tersebut adalah Unit Pengambilan & Data ( P & D ) dan Unit Kebajikan Dan Disiplin ( K & D )
Di antara fungsi JHEP
- Mengendali urusan pengambilan dan Pendaftaran Pelajar baharu dan senior
- Mengumpul,menyedia ,menyimpan dan mengemaskini rekod dan pangkalan data pelajar
- Memberi perkhidmatan kepada pelajar dalam perkara berkaitan biasiswa dan bantuan kewangan,kebajikan,keselamatan dan disiplin pelajar
- Menggalakan kegiatan berpersatuan bagi pelajar semasa
- Memastikan kegiatan pelajar melibatkan program pembangunan sahsiah ke arah pembentukan lulusan yang seimbang,berkeperibadian mulia ,inovatif ,dinamik dan berketerampilan.