Program Khidmat Masyarakat anjuran Unit Smartgreen, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dengan kerjasama Sustainability Solutions dan Majlis Daerah Tanjong Malim akan dilaksanakan pada 08 Mei 2025 di Tasik YDP Slim River, Perak.
Program ini adalah untuk menghijaukan kawasan rekreasi, yang mana berbentuk kesukarelawan dalam pembentukan sahsiah pelajar di peringkat komuniti setempat untuk mencapai setiap bidang tumpuan seperti yang terkandung di dalam Blueprint Smartgreen POLYCC.
Senarai aktiviti meliputi seperti berikut:
i. Kerja-kerja Pembersihan Sampah
ii. Kerja-kerja Mengecat Tong Sampah Roro
iii. Kerja-kerja Pembersihan Tandas
iv. Kerja-Kerja Pembajaan Pokok
v. Kerja-kerja Cantasan Tanaman Hiasan